Ikon baru dan animasi yang lebih lancar
Mungkin tidak banyak perubahan ikon sedia ada dengan MIUI 6, dimana MIUI 11 dijangka hadir dengan rekaan yang baru disamping meningkatk prestasi elemen visual dan kelancaran animasi pada sistem antaramuka tersebut.
Mod penjimatan ultra kuasa monokrom
Difahamkan pada mod ini kesemua aplikasi dan ciri akan dinyahaktifkan kecuali teks serta panggilan. Berdasarkan nama "Monokrom" itu juga, paparan warna pada skrin akan berubah kepada warna hitam dan putih untuk memberikan lebih penjimatan kuasa bateri.
Bar status yang dioptimumkan
Penambahbaikan juga diberi pada ruangan status, terutama sekali bagi model yang mempunyai takuk. Berkemungkinan, paparan jam akan dialihkan ke sebelah kanan dan turut diberikan pilihan untuk menggelapkan paparan bar status bertujuan menyembunyikan takuk.
Rakaman skrin
Fungsi rakaman skrin atau screenshot akan disediakan dengan sokongan padam rakaman skrin secara automatik selepas ia dikongsikan, serta ciri suntingan untuk rakaman skrin tersebut.
Tema gelap yang lebih menyeluruh untuk sistem
MIUI 11 turut tidak ketinggalan dalam mengimplementasikan tema gelap pada sistem. Ciri ini sudahpun diterapkan pada versi beta MIUI 10 untuk Mi 8 dan Redmi Note 5 Pro dan bagi MIUI 11, ia akan diluaskan lagi pada pelayar serta aplikasi pihak ketiga.
Berkaitan
- Xiaomi Mi Mix Alpha Sah Guna Kamera 100MP, Ini Sampel Foto Yang Dikongsikan
- Senarai Potongan Harga Dan Hadiah Percuma Dari Xiaomi Sempena Promosi 7.7
- Android 11 Developer Preview - Apa Yang Baru?
- Pengering Rambut Dan Robot Vakum Xiaomi Boleh Mula Dibeli Hari Ini
- Xiaomi Redmi 4 Dan Redmi 4A Terima MIUI 10 Global
- Bateri Xiaomi Mi A2 Cepat Habis Mungkin Disebabkan Pepijat Pada Pengimbas Cap Jari
- Gambaran Awal Panel Belakang Xiaomi Mi 6X
- Mi Malaysia Adakan Promosi Istimewa Bersama Lazada 11 November Ini
- Senarai Harga Telefon Pintar Xiaomi Selepas Caj SST Yang Bermula Hari Ini
- Xiaomi Membayangkan Kemasukan Redmi 6 Dalam Pasaran Tempatan