Miss Potts Dikatakan Akan Muncul Sebagai Adiwira Baharu Dalam Avengers 4

Jangan padam tab ini kerana anda sememangnya masih di Wiser.my. Cuma bezanya kali ini kita tidak akan bercakap mengenai telefon pintar atau komputer baru.

Kali ini, sekali lagi kita akan berbincang mengenai siri filem adiwira yang paling popular hari ini, Marvel Avengers. Berita terkini, Pepper Potts atau Miss Potts dikatakan akan muncul sebagai seorang watak adiwira baharu pada Avengers 4 nanti.

Berita ini tersebar secara meluas apabila beberapa akaun di Instagram telah memuatnaik imej Gwyneth Paltrow(Miss Potts) dengan satu sut besi yang seakan Iron Man.

https://www.instagram.com/p/BpSEm22hLqo/?utm_source=ig_web_copy_link

Ia adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana seperti kita ketahui, Miss Potts merupakan satu watak yang lemah lembut dan tidak suka akan keganasan. Namun, disebabkan rasa sayangnya kepada Iron Man(Tony Stark), Miss Potts sanggup berjuang bersama Captain Marvel demi menyelamatkan kekasihnya serta ahli Avengers yang lain.

Di dalam komik, sut yang digunakan oleh Miss Potts itu dipanggil sebagai Rescue. Disamping berita mengenai watak Captain America yang dilaporkan sebelum ini, berita ini juga menjadikan Avengers 4 sebagai filem wajib tonton pada tahun hadapan.

 

Sumber: KozTimes

Berkaitan