MIROS Akan Nilai Keselamatan PERODUA Axia 2023

MIROS memberitahu bahawa mereka akan bertemu dengan Perodua dan menilai keselamatan Axia 2023 yang terpalit dengan isu penipuan ujian keselamatan oleh Daihatsu.

axia daihatsu

Jika anda ketinggalan, Daihatsu sebelum ini mengakui bahawa mereka telah melakukan pengubahsuaian terhadap bahagian dalam panel pintu hadapan kenderaan semasa ujian yang mana ia tidak dilakukan pada kenderaan yang dijual pada pengguna.

axia daihatsu
Senang kata, unit kereta yang dihantar untuk ujian keselamatan tidak mempunyai ciri yang sama seperti yang unit dijual pada pelanggan.

Syarikat induk Daihatsu iaitu Toyota juga telah "memarahi" Daihatsu atas tindakan itu dengan mengeluarkan kenyataan selepasnya serta akan melakukan siasatan terperinci.



Sebanyak 88,000 biji kereta terkesan dan melibatkan model seperti Axia 2023, Yaris (2022)/Vios dan Agya serta sebuah lagi yang belum dilancarkan.

Unit-unit ini telah dijual untuk pasaran Malaysia, Thailand, Indonesia, Arab Saudi, UAE, Kuwait dan Mexico.



Daripada jumlah ini, sebahagian besar iaitu 76,000 melibatkan Yaris manakala 11,800 pula ialah Axia 2023.

Namun, Perodua pula mengatakan mereka tidak akan memanggil semula unit Axia 2023 yang telah dijual.



Ini mengundang ketidakpuasan hati segelintir pengguna kerana Daihatsu dan Toyota sendiri sudah mengakui isu manipulasi ujian keselamatan ini.

"Kami telah diberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia model baharu tetap sah dan diperakui walaupun Daihatsu membuat pendedahan sedemikian." - CEO Perodua

Selain itu, UMW Toyota Malaysia juga berkata penjualan Vios akan diteruskan seperti biasa.

Sumber: FMT, Malaysiakini, Reuters

{suggest}