Minecraft Dengan Teknologi RTX Boleh Dimainkan Secara Beta Pada 16 April

NVIDIA, Microsoft dan pembangun Minecraft iaitu Mojang Studios hari telah mengumumkan bahawa permainan tersebut bakal mendapat kemaskini teknologi RTX secara rasmi. Sebelum ini terdapat banyak video di YouTube yang memaparkan keindahan dunia permainan Minecraft namun ia hanya mod yang tidak rasmi.

The Minecraft RTX Beta Is Due on April 16th With DLSS 2.0 Support

Dengan RTX, pencahayaan permainan dan suasana akan menjadi lebih realistik. Antara teknologi khusus yang disokong RTX adalah Deep Learning Super-Sampling (DLSS) iaitu peningkatan fps melalui kecerdikan AI.

Minecraft's RTX-powered ray tracing arrives in beta later this ...

Dengan semudah-mudah permainan seperti Minecraft pun mula menerima naiktaraf teknologi RTX secara rasmi, ini membuktikan RTX mula menjadi lebih mainstream. Ini juga bermaksud tidak lama lagi, harga kad grafik RTX akan menjadi lebih rendah dengan sokongan lebih banyak permainan.

Minecraft RTX ON/OFF Gameplay Demonstration - YouTube

Untuk sokongan RTX pada permainan Minecraft tersebut, ia akan hadir pada Windows 10 sahaja buat masa ini memandangkan permainan itu hanya boleh dimuat turun melalui Windows sahaja.

Sumber

Berkaitan