Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mind Your Ringgit Game Demo Homepage

Mind Your Ringgit – Permainan Web Dari Visa Untuk Didik Golongan Muda Malaysia

Diterbitkan November 6, 2020 oleh Amsyar Latif

Visa semalam umum pembangunan permainan web bertemakan ilmu kewangan yang dinamakan Mind Your Ringgit bagi mendidik golongan muda Malaysia tentang cara buat keputusan kewangan.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Bulan Literasi Kewangan Malaysia 2020 (FLM 2020) dan juga sebagai sokongan kepada usaha tingkatkan tahap celik kewangan yang diterajui oleh Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN).

Mind Your Ringgit Game Demo Homepage

Ia adalah sebuah permainan simulasi setahun di mana senario kejadian dunia sebenar dicipta dalam permainan untuk membolehkan pemain membuat keputusan kewangan setiap bulan.

Matlamat utama permainan ini adalah untuk mencabar golongan muda Malaysia menzahirkan buah fikiran mereka apabila menguruskan kewangan, konsep kewangan serta faham akan kesan setiap keputusan yang dilakukan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Encik Azaddin Ngah Tasir menyatakan mereka mahu wujudkan masyarakat yang bijak menguruskan wang terutamanya dalam kalangan dewasa muda.

Versi demo permainan web celik kewangan ini telah dilancarkan semalam bagi sekumpulan rakyat Malaysia terpilih serta bakal sertai ujian kumpulan perintis tertutup.

Peserta yang dipilih ini akan menyertai permainan demo dan akan memberikan maklum balas tentang kandungan permainan ini. Sementara ia akan dilancarkan kepada umum seawal tahun hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY