Miliki Samsung Galaxy Note 9 Pada Harga RM3699 Dan RM4599

Samsung Malaysia nampaknya tidak mahu berlengah lagi dimana peranti utama mereka, Samsung Note 9 sudah boleh dibeli secara pra-tempah.



Bermula hari ini, 10 Ogos 2018 sehingga 19 Ogos 2018, Samsung telah membuka pra-tempahan untuk bakal pembeli di Malaysia.

Disamping menjadi yang terawal untuk memiliki peranti flagship tersebut, para pembeli akan menerima aksesori tambahan mengikut versi yang ditempah.

Bagi pembelian Note 9 512GB, pembeli akan mendapat barangan seperti Gear Sport, Gear Sport Strap dan Pod pengecas tanpa wayar yang kesemuanya bernilai RM 1531.



Sementara itu, jika anda memilih variasi 128GB, barangan percumanya adalah Gear Sport yang bernilai RM1219.

Terdapat tiga tawaran warna, Ocean Blue, Midnight Black, dan Metallic Copper.







Jika anda bercadang untuk menjadi pemilik terawal Samsung Note 9, boleh buat tempahan disini, Pra-Tempah Samsung Note 9.