Miliki Lebih Dari 20,000 Koleksi Permainan Video, Antonio Romero Tersenarai Dalam Rekod Dunia Guinness

Mempunyai pilihan bermain sebarang judul permainan video mungkin impian sebahagian daripada kita. Umpama berada dalam "perpustakaan" permainan video, itulah yang boleh diibaratkan kepada pemuda ini.

Berasal dari Texas, Antonio Romero Monteiro baru-baru ini telah direkodkan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai pemilik koleksi permainan video paling banyak didalam dunia.

Memiliki lebih dari 20,000 permainan video, koleksi Romero ini berjumlah hampir dua kali ganda dari pemegang rekod sebelumnya, Michael Thomasson yang telahpun dilelong pada 2014 dengan nilai melebihi $750,000 (lebih kurang ~RM3 juta).

Antara koleksi yang disimpan oleh beliau adalah...

  • Lebih 1000 permainan untuk PS1,

  • Lebih dari 900 permainan PS4,

  • 118 permainan Nintendo Switch,

  • Lebih 500 permainan Xbox One,


...dan bagi koleksi penuh permainan seperti untuk Amerika Utara seperti permainan konsol PS2, PS3, PSP, Xbox 360, Wii U, Game Cube, Game Boy dan beberapa lagi.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=522&v=211QyEsPuyM

Sumber: Guinness World Records