Microsoft Word Akan Sokong Tema Gelap Sepenuhnya Tidak Lama Lagi

Microsoft Word adalah salah satu aplikasi dalam Microsoft Office 365 dan ia digunakan secara meluas oleh semua orang.

Terbaru, terdapat laporan menyatakan Microsoft Word versi desktop akan hadir dengan tema gelap sepenuhnya.

Kapsyen: Tema Gelap Versi Terkini


Sebelum ini, Microsoft Word tidak mempunyai tema gelap secara menyeluruh dan ia terhad pada bahagian tertentu sahaja.

Namun, Florian B dalam ciapannya di Twitter, Microsoft kini sedang berusaha dalam memberikan sokongan tema gelap yang komprehensif untuk versi desktop.

https://twitter.com/flobo09/status/1329674314589859841?s=20

Dengan ini, pengguna akan dapat menggunakan tema gelap di kawasan dokumen dan kesemuanya dalam aplikasi ini.

Ciri ini masih dalam tahap pembangunan dan perlu menunggu sedikit masa lagi untuk dilancarkan tetapi Microsoft Word versi desktop dikatakan akan menerimanya dahulu.

Sumber: @flobo09