Microsoft Umum Pengambil-Alihan Syarikat GitHub Secara Rasmi Esok

Syarikat teknologi antarabangsa terkemuka daripada Amerika Syarikat, Microsoft Inc. dilaporkan telah bersetuju untuk mengambil-alih syarikat GitHub, lapor Bloomberg. GitHub merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berasaskan web kepada pembangun perisian dan pengaturcara.

GitHub mempunyai reputasi yang besar di kalangan pembangun perisian dan dengan pengambil-alihan ini, ia akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan Microsoft sebagai syarikat teknologi utama global. bagi GitHub pula, urusniaga bersama Microsoft ini dijangka bakal menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.



Untuk pengetahuan, Google dan Microsoft adalah merupakan antara pembangun ternama yang menggunakan perkhidmatan dari GitHub. Pada penilaian nilai pasaran terakhir mereka pada 2015, GitHub telah dinilai pada harga $ 2 Billions (~RM 7.95 Billlion).

Namun, tiada maklum balas yang berjaya didapatkan daripada pihak Microsoft dan juga GitHub berkenaan perkara ini. Bagaimanapun, menurut sumber yang tidak mahu didedahkan, Microsoft dijangka mengumumkan perkara ini seawal esok.

Sumber