Microsoft dan OpenAI telah berunding semula perjanjian kerjasama yang sebelum ini mengikat kedua-dua syarikat tersebut.
Di bawah perjanjian baharu ini, Microsoft tidak lagi mempunyai hak eksklusif kepada semua produk dan harta intelek OpenAI sehingga mencapai AGI. Sebaliknya, kerjasama mereka kini mempunyai tempoh masa yang jelas dan tersusun.
Microsoft akan terus memegang lesen terhadap harta intelek OpenAI bagi model dan produknya sehingga tahun 2032, tetapi lesen tersebut kini tidak lagi bersifat eksklusif.
Pada masa sama, Microsoft masih kekal sebagai “rakan awan utama” OpenAI. Ini bermaksud produk OpenAI akan dilancarkan terlebih dahulu di Azure, kecuali jika Microsoft tidak dapat atau memilih untuk tidak menyokong keupayaan yang diperlukan. Namun begitu, OpenAI kini boleh menawarkan semua produknya kepada pelanggan melalui mana-mana penyedia awan.
we have updated our partnership with microsoft.
microsoft will remain our primary cloud partner, but we are now able to make our products and services available across all clouds.
will continue to provide them with models and products until 2032, and a revenue share through…
— Sam Altman (@sama) April 27, 2026
Dari sudut kewangan, Microsoft tidak lagi membayar perkongsian hasil kepada OpenAI. Sebaliknya, bayaran perkongsian hasil daripada OpenAI kepada Microsoft akan diteruskan sehingga tahun 2030 pada kadar yang sama, tetapi tertakluk kepada had maksimum tertentu. Struktur ini tidak lagi bergantung kepada kemajuan teknologi OpenAI, termasuk sebarang pencapaian besar seperti AGI.
Secara keseluruhan, perubahan ini juga dilihat menyelesaikan potensi konflik undang-undang, termasuk risiko pertikaian berkaitan kerjasama OpenAI dengan Amazon.
{suggest}
