Microsoft Tidak Akan Keluarkan Band 3 Tahun Ini







Microsoft dilaporkan tidak akan mengeluarkan model Band tahun ini menurut Mary Jo Foley dari ZDNet. Mereka berkata, Microsoft akan masih meneruskan penjualan dan sokongan untuk Microsoft Band 2 yang sedia ada. Dilaporkan juga mereka tidak akan keluarkan peranti baru pada tahun ini dan jika ada, ianya mungkin akan menggunakan firmware sedia ada, bukan Window 10.



Microsoft mahu menjadikan Band 2 sebagai medium Health Strategy mereka, namun telah menggubal semula strategi mereka dan kini mereka perlu bergantung kepada perkakasan daripada syarikat lain melainkan jika mereka datang  dengan Surface Watch.Microsoft Health telah membantu iOS, Android dan pengguna PC untuk mengkaji akticiti kesihatan, kadar nutrisi dan lain lain.