Microsoft Telah Membuang Pilihan Menangguhkan Kemas Kini Windows 10

Sebelum ini pengguna boleh menangguhkan kemas kini Windows 10 selama 365 hari.


Salah satu ciri baru yang ada di dalam Windows 10 selepas kemas kini Windows 10 2004 adalah tiada lagi tetapan pilihan untuk pengguna menangguhkan kemas kini sistem operasi Windows tersebut.

Menurut Microsoft, ketiadaan tetapan tersebut adalah bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna dan meringkaskan ciri kemas kini Windows 10.

"Update less: Last year, we changed update installation policiesfor Windows 10 to only target devices running a feature update version that is nearing end of service. As a result, many devices are only updating once a year. To enable all devices to make the most of this policy change, and to prevent confusion, we have removed deferrals from the Windows Update settings Advanced Options page starting on Windows 10, version 2004". Microsoft.

Sebelum kemas kini Windows 10 2004 atau juga dikenali sebagai Windows 10 May 2020 Update, pengguna boleh menangguhkan proses kemas kini Windows 10 selama 365 hari menerusi tetapan pilihan di Windows 10 Advanced Update.

Ini bermakna, semua pengguna sistem operasi Windows 10 kini akan menerima kemas kini Windows secara automatik apabila ia ditawarkan kepada komputer mereka.

Walaubagaimanapun, bagi pengguna yang masih tetap mahu melakukan kemas kini secara manual terhadap sistem Windows 10 komputer mereka, pengguna masih boleh melakukannya dengan mengikuti panduan yang diberikan oleh Microsoft.

" If you wish to continue leveraging deferrals, you can use local Group Policy (Computer Configuration > Administrative Templates > Windows Components > Windows Update > Windows Update for Business > Select when Preview builds and Feature Updates are received or Select when Quality Updates are received)." Microsoft.

Microsoft kini dalam usaha menambah baik ciri kemas kini Windows 10 susulan menerima banyak rungutan daripada pengguna mereka yang kerap kali berdepan pelbagai isu selepas mengemas kini sistem operasi tersebut.