Microsoft Telah Keluarkan Kemaskini Untuk Baik Pulih Isu Bateri Surface Pro 3







Microsoft telah menegluarkan kemaskini untuk Surface Pro 3 yang sepatutnya dapat memperbaiki isu berkenaan bateri.



Isu ini dibangkitkan setelah dilaporkan peranti itu tidak dapat di cas penuh. Microsoft telah mengenal pasti punca masalah tersebut, ianya disebabkan kecuaian produksi mengambil kira kapasiti bateri untuk model itu yang menyebabkan ianya tidak dapat di cas dengan penuh.



Microsoft memberi jaminan bahawa bateri asal di dalam model tersebut tidak terganggu dan ianya akan berfungsi dengan sempurna selepas pengguna mengemas kini peranti tersebut. Namun pihak mereka berkata keupayaan bateri di dalam model Surface itu tidak akan terus kembali ke prestasi maksimum, pengguna perlu mengecas peranti tersebut beberapa kali sebelum ianya berupaya dicas dengan penuh.








Namun isu ini telah lama diusulkan oleh kerana Surface Pro 3 adalah versi lama untuk model Surface. Microsoft sedaya upaya akan mengambil berat tentang isu ini untuk menjaga hati pembeli Surface Pro 3 yang terkesan.