Microsoft Teams Dan 365 Sedang Alami Isu, Pengguna Seluruh Dunia Terkesan

KEMAS KINI: Ramai pengguna berkongsi perkhidmatan ini sudah kembali beroperasi. Microsoft juga memaklumkan ia Teams sudah mula kembali pulih.

Microsoft mengesahkan bahawa perkhidmatan mereka, Microsoft Teams sedang mengalami masalah untuk diakses, sejak lebih 2 jam lalu.

Netizen seluruh dunia meluahkan rasa kecewa kerana menganggu gerak kerja mereka. Namun, ada juga berkongsi rasa lega dan gembira.

Dalam kenyataan Microsoft di Twitter, ia berpunca daripada masalah hubungan dengan storan dalaman mereka.

Trafik sedang dialihkan ke servis yang berfungsi dengan baik dalam usaha mengurangkan 'kecederaan' sedia ada.

https://twitter.com/MSFT365Status/status/1549963740283428864?s=20&t=JkE430w7a_dWlTbJmm80aQ

Antara platform yang juga terkesan ialah Microsoft 365 lantas turut menjejaskan pengguna Microsoft Word, Office Online dan SharePoint Online yang berada di bawah payung Microsoft 365.

Jika anda menggunakan Word yang tidak terhubung dengan Microsoft 365, maka ia masih tersedia seperti biasa kerana tidak berhubung secara dalam talian.

Gambar utama: Computerworld

Sumber: Microsoft