Microsoft Tambah Ciri Import Jadual Data Menerusi Rakaman Gambar Pada Excel

Microsoft kini telah meningkatkan lagi keupayaan aplikasi Excel untuk Android dan iOS melalui kemaskini Office 365.

Ciri terbaru itu membenarkan pengguna mengambil gambar jadual data, seterusnya ia akan ditukar kedalam jadual data yang boleh disunting didalam aplikasi.

Kapsyen: Microsoft


Melalui ciri ini, ia dapat memudahkan dan menjimatkan masa pengguna, kerana tidak lagi perlu menyalin data-data tersebut secara manual.

Syarikat tersebut menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk membangunkan ciri ini dan ia akan ditawarkan untuk pengguna Microsoft 365 Android serta iOS.

Sumber: Microsoft