Microsoft Surface Pro X Terbaharu Dengan Cip SQ2 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM6,999

Microsoft hari ini mengumumkan bahawa Surface Pro X terbaharu mereka kini dijual secara rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM 6,999.



Surface Pro X edisi terkini menawarkan konfigurasi baharu termasuk pemproses terbaharu SQ2 dengan kemasan Platinum baharu.

Selain itu, ia juga memberikan pengalaman aplikasi baharu, menambah jangka hayat bateri serta meningkatkan prestasi bagi semua peranti Surface Pro X.



Tambahan lagi, ia menjanjikan pengalaman berasaskan web terbaik bagi Microsoft 365, Microsoft Edge, Netflix, Spotify dan banyak lagi.

Dengan adanya cip berlandaskan ARM, prestasi peranti ini kini lebih pantas dan mempunyai jangka hayat bateri sehingga 15 jam.

Surface Pro X boleh didapati bermula 13 Oktober 2020 pada harga RM 6,999 menerusi wakil penjual yang sah.