Microsoft Surface Pro X Kini Lebih Pantas Dengan Naik Taraf Cip SQ 2

Pada Oktober tahun lepas, Microsoft telah memperkenalkan Surface Pro X, iaitu sebuah komputer riba 2-dalam-1 yang menjalankan Windows berasaskan cip ARM SQ 1.

Hari ini, seiring dengan pengenalan Surface Laptop Go, Microsoft turut mengemaskini model ini dengan mengemaskini cip yang lebih berkuasa iaitu SQ 2.

https://youtu.be/_QobdWOa02o

Cip ini secara asasnya adalah varian Qualcomm Snapdragon 8cx Gen 2 5G, namun tanpa sokongan 5G.

Dari segi spesifikasi lain, tiada perbezaan dilakukan. Ia masih lagi menggunakan paparan 13 inci PixelSense (2880 x 1920), sehingga 16GB RAM, dan storan sehingga 512GB.

Untuk I/O terdapat 2 USB-C, lubang Surface Connect, slot SIM nano untuk rangkaian LTE, dan juga SSD boleh dinaik taraf.



Microsoft Surface Pro X dengan cip SQ 2 ini walau bagaimanapun masih lagi dijual seiring dengan varian SQ 1.

Harga jualannya adalah bermula $1,449 di Amerika Syarikat. Belum diketahui sama ada ia akan memasuki pasaran tempatan atau tidak.

Sumber: Microsoft

Berkaitan