Microsoft Surface Pro 6 Diperbaharui Dengan Cip Pemprosesan Terbaru

Acara Microsoft di New York mengumumkan 4 produk terbaru. Salah satunya adalah Surface Pro 6 menggunakan cip pemprosesan Intel® Core™ i5-8250U atau i7-8650U. Peranti tersebut hadir dalam warna hitam dan kelabu.



Surface Pro 6 menggabungkan cip pemprosesan generasi terbaru dengan memori RAM LPDDR3 berkapasiti 16GB dan juga ruang storan 1TB SSD. Microsoft juga mendakwa bateri yang menguasakan peranti ini mampu bertahan sehingga 13.5 jam dalam aplikasi video playback.

Ia hadir dengan sistem operasi Windows 10 Home walaupun membawa Pro di dalamnya. Skrin paparan pula menggunakan teknologi PixelSense yang digunakan peranti Surface sebelum ini dengan nisbah srkin 3:2. Dengan berat kurang dari 1 kilogram, Surface Pro 6 boleh menjadi calon peranti pilihan tahun ini.



Namun, Microsoft tidak menambah baik I/O dengan port USB Type-C atau Thunderbolt 3 hanya ditambah ke peranti Surface Book 2 dan Surface Go dan bukannya Surface Pro 6. Peranti ini akan mula dijual pada 16 Oktober ini dan harga bermula pada $899 (RM 3,720.06).