Microsoft Surface Go Kini Boleh Di Pra-Tempah Dengan Harga Permulaan RM 1,749

Microsoft Malaysia hari ini telah membuka pra-tempahan untuk tablet paling mampu milik setakat ini, Microsoft Surface Go di Lazada. Surface Go dengan varian paling rendah bermula dengan harga RM 1,749 yang hadir dengan storan memori eMMC 64GB dan 4GB RAM.



Untuk mereka yang mahukan prestasi memori yang lebih pantas, varian storan memori SSD dengan kapasiti 128GB dan 8GB RAM yang dijual dengan harga RM 2,399.



Selain itu, kedua-dua varian ini menampilkan spesifikasi yang sama; cip Intel Pentium® Gold 4415Y, skrin paparan 10-inci (1800 x 1200) dengan nisbah paparan 3:2,  dan juga kickstand yang membolehkan kedudukan versatil bagi Surface Go.

Peranti ini turut dilengkapi dengan kamera utama 8MP, kamera hadapan 5MP, satu port USB 3.1, sistem pembesar suara Dolby® Audio™ Premium, sistem operasi Windows 10 Pro dan juga perisian Offce 365 Home selama 30 hari.



Untuk aksesori, Surface Go menawarkan Surface Go Signature Type Cover, Surface Pen, dan Surface Mobile Mouse yang dijual secara berasingan.

Untuk membuat tempahan, sila layari laman rasmi Microsoft di Lazada sekarang.