Tujuan Microsoft menghasilkan Surface Duo ini adalah semata-mata untuk produktiviti melalui perisian Microsoft Office. Ini dilihat dari segi kelengkapan spesifikasinya yang bukanlah sehebat peranti lain.
Walaupun ia produk Microsoft, ia menjalankan perisian Android 10 dengan antara muka khas.
Tarikan utama peranti adalah paparannya. Ia mempunyai dwi-skrin 5.6 inci 1080p PixelSense AMOLED dengan masing-masing mempunyai nisbah 4:3.
Microsoft turut menyertakan sokongan Microsoft Active Pens untuk skrin yang membolehkan pengguna menggunakan Surface Pen padanya.
Peranti dijana cip pemprosesan Snapdragon 855 dengan padanan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB/256GB berasaskan UFS 3.0.
Terdapat kamera tunggal bersaiz 11MP yang diletakkan pada bezel dalam peranti. Kamera ini boleh merakam sehingga 4K 60fps dengan EIS.
Sementara itu, bateri berasingan diletakkan untuk setiap panel dengan kapasiti penuh 3,577mAh yang menjanjikan ketahanan bateri selama 15 jam.
Microsoft menyertakan perisian dan aplikasi Office secara terbina di dalam peranti. Menurut Microsoft, Surface Duo bukanlah untuk semua orang, tetapi ditujukan khas untuk peminat Surface dan Office.
Surface Duo membolehkan pengguna menyeret gambar, fail dan teks di antara skrin untuk meningkatkan produktiviti.
Microsoft juga mencipta API khas untuk dwi-skrin ini supaya pihak ketiga juga bole memanfaatkan penggunaannya.
Di Amerika, Surface Duo sudahpun mula dipra-tempah dengan tarikh jualan rasmi 10 September. Ia dipasarkan dengan harga 1,399 USD (~RM5,866) dan hanya hadir dalam satu varian warna Glacier sahaja.
Rujukan: Microsoft Surface Duo
Berkaitan
- Microsoft Umum Surface Headphone 2 - Ketahanan Bateri 20 Jam Dan Kini Menyokong aptX
- Microsoft Sedang Membangunkan Cloud PC - Penggunaan Windows PC Peribadi Berasaskan Komputeran Awan Azure
- Pengecas MagSafe Duo Pula Berharga RM589, Boleh Mengecas iPhone 12 Dan Apple Watch Secara Serentak
- Microsoft Diberi Lesen Untuk Kembali Berdagang Dengan Huawei Selepas 6 Bulan Lamanya Disekat
- Microsoft Mengumumkan Konsol Xbox Series S Pada Harga $299
- Microsoft Perkenal Surface Pro 7+ Dengan Sokongan LTE, CPU Intel Gen-11, Dan Bateri Lebih Besar
- Microsoft: Biar Sony Umum Dahulu Harga Konsol PS5 Mereka
- Microsoft Umum Xbox Series X, Konsol Permainan Tahun 2020
- Microsoft Dilaporkan Sedang Menguji Emulator Aplikasi x86 64-bit Dalam Peranti Cip ARM Windows 10
- Sokongan Aplikasi Android Dalam Windows 10 Akan Dijayakan Oleh Project Latte Microsoft