Microsoft - Sejarah Bagaimana Bermulanya Syarikat Perkomputeran Ini

Microsoft menamatkan tahun 2018 sebagai syarikat paling bernilai didunia dengan merekod beberapa kejayaan, antaranya Windows 10 yang berjaya menjadi sistem operasi komputer paling popular.

Walaubagaimanapun, masih ada diantara kita yang belum tahu cerita disebalik penubuhan gergasi perkomputeran ini.

Siapakah yang memulakan microsoft?

Paul Allen dan Bill Gates merupakan pengasas bersama Microsoft. Kedua-duanya sangat meminati komputer dan pada masa itu akses ke komputer sangat sukar disebabkan teknologi tersebut masih dalam era awal. Allen dan Gates kerap meninggalkan kelas mereka untuk pergi ke makmal komputer.

Pada satu ketika, mereka berdua telah ditangkap akibat mengodam komputer sekolah. Walaupun ditangkap, kedua-duanya tidak dibuang sekolah, sebaliknya diberi tawaran menggunakan komputer tanpa had dengan syarat dapat membantu meningkatkan prestasi komputer.

Paul Allen dan Bill Gates sewaktu muda mempuyai satu syarikat kecil bernama "Traf-O-Data" dan mereka menjual komputer di Seattle, berfungsi untuk mengira trafik dibandar tersebut.

Kapsyen: Kredit foto: bp.blogpost

Bill Gates tidak tamatkan pengajian di Universiti Harvard


Pada 1973, Bill Gates meninggalkan Seattle untuk menyambung pelajaran di Universiti Harvard dalam sebagai pelajar pra-undang-undang. Namun begitu, Bill Gates masih menghabiskan masa di makmal komputer di Harvard untuk menambah baik kemahiran pengaturcaraan.

Tidak lama kemudian, rakan baiknya Paul Allen berpindah ke Boston, mengajak Gates untuk berhenti pengajiannya di Harvard supaya dapat memberikan tumpuan sepenuh masa kepada projek mereka.

Kelahiran Microsoft


Pada January 1975, Paul Allen membaca artikel tentang Altair 8800 microcomputer dan menunjukkan artikel tersebut kepada Bill Gates. Bill Gates kemudiannya membuat panggilan kepada Micro Instrumentation and Telemetry Systems(MITS), pencipta Altair dan menawarkan khidmat untuk menulis satu versi bahasa pengaturcaraan, BASIC, untuk syarikat tersebut.

Dalam masa lapan minggu, Allen dan Gates mendemonstrasi program itu kepada pihak MITS, dan syarikat tersebut bersetuju untuk mengedar serta memasarkan produk di bawah nama Altair BASIC.

Sejak itu, Allen dan Gates mendapat inspirasi untuk menubuhkan syarikat pengaturcaraan mereka sendiri iaitu Microsoft. Microsoft ditubuhkan pada April 4, 1975 dengan Bill Gates menjadi CEO pertama syarikat tersebut.

Sejarah produk-produk Microsoft


Sistem Operasi Windows

Sistem operasi adalah perisian asas yang membolehkan komputer beroperasi. Sebagai sebuah syarikat yang baru dibentuk, produk sistem operasi Microsoft pertama yang dikeluarkan secara terbuka adalah versi Unix yang dipanggil Xenix dan ia dikeluarkan pada tahun 1980. Xenix kemudian digunakan sebagai asas untuk membangunkan Multi-Tool Word,sebelum ditukarkan kepada Microsoft Word.

Sistem operasi pertama Microsoft yang paling berjaya adalah MS-DOS atau Microsoft Operating System System, ia dicipta oleh Microsoft untuk IBM pada tahun 1981 yang berasaskan QDOS oleh Tim Paterson.

Bill Gates hanya melesenkan MS-DOS kepada IBM sahaja. Beliau turut mengekalkan hak keatas perisian tersebut sehingga berjaya meraih kejayaan sepertimana yang kita boleh lihat sekarang.

Kapsyen: Kredit foto: i-Programmer


Tetikus Microsoft
Tetikus Microsoft dikeluarkan pada tahun Mei 2, 1983

Kapsyen: Kredit foto: Buxton Collection


Windows
Pada 1989, Pencapaian tertinggi microsoft dikeluarkan. Microsoft Windows adalah sistem operasi dengan antara muka grafik dan multitasking untuk komputer IBM. Pada 1986, syarikat ini mengeluarkan penawaran awam permulaan (IPO) dan sahamnya melonjak naik menjadikan Bill Gates jutawan pada usia 31 tahun.

Microsoft Office
Microsoft Office dikeluarkan pada tahun 1989 . Office adalah pakej perisian koleksi program untuk tugasan pejabat. Ia termasuk word processor, spreadsheet, program mail, perisian pembentangan perniagaan dan banyak lagi.

Internet Explorer

Kapsyen: Kredit foto: Finance.yahoo.com


Menjelang tarikh Ogos 1995, Microsoft mengeluarkan Windows 95, yang mempunyai teknologi sambungan ke internet seperti rangkaian dial-up, TCP/IP dan pelayar web internet Explorer 1.0

Xbox

Kapsyen: Kredit foto: Wikipedia


Dalam tahun 2001, Microsoft memperkenalkan unit permainan pertama mereka, konsol Xbox. Bagaimanapun Xbox mengadapi saingan sengit PlayStation 2 dan dengan itu Microsoft menghentikannya. Walau bagaimanapun, pada tahun 2005, Microsoft mengeluarkan Konsol Xbox 360 yang mula mendapat perhatian ramai.

Microsoft Surface

Kapsyen: Kredit foto: Wikipedia


Pada tahun 2012, Microsoft membuat perancangan pertama meraka ke pasaran perkakasan perkomputeran.  Tablet Surface diumumkan dengan menjalankan Windows RT dan Windows 8 Pro.

Sumber: ThoughtCo

Sumber foto utama: Securityzap

Berkaitan