Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 10 Bakal Hadir Dengan Barisan Rekaan Ikon Baru Bagi Aplikasi-Aplikasi Utamanya

Microsoft Sedang Menjalankan Projek Rahsia Menggunakan Kod Nama ‘Sun Valley’

Diterbitkan Oktober 29, 2020 oleh ariff bukhari

Microsoft dilaporkan sedang menjalankan projek khas khusus terhadap sistem operasi Windows 10.

Projek yang menggunakan kod nama ‘Sun Valley’ itu didakwa adalah projek merubah secara besar-besaran ke atas antaramuka sistem operasi Windows 10 untuk tahun 2021 nanti.

Antara khabar angin berkaitan projek ‘Sun Valley’ itu adalah Microsoft akan melakukan penambahbaikan pada ciri File Explorer, perubahan pada menu Start serta ciri baru mod Tablet.

Jadi dijangkakan projek ‘Sun Valley’ akan memjadi titik tolak kepada perubahan  antaramuka sistem Windows 10 yang lebih moden selepas ia diperkenalkan dalam bulan September 2014 dahulu.

Setakat ini, masih belum banyak maklumat didedahkan berkaitan projek ini. Tetapi Microsoft dijangka akan memperkenalkan antaramuka baru Windows 10 pada pertengahan tahun hadapan.

Sumber: Windows Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY