Microsoft Sedang Bangunkan Komputer Riba Surface Dengan Harga Lebih Rendah Bersaiz 12.5 Inci

Barisan komputer riba Surface merupakan model komputer riba premium yang ditawarkan oleh Microsoft.

Terkini, mereka dikatakan sedang membangunkan komputer riba Surface yang lebih rendah harganya bersaiz 12.5 inci.

Dilaporkan ia bakal membawakan harga sekitar 500-600USD yang mengisi jarak di antara tablet Surface Go dan juga komputer riba Surface yang lebih mahal.

Model ini juga disasarkan untuk pelajar disebabkan itu ia menjalankan Windows 10 S Mode yang hanya boleh menjalankan aplikasi dari Microsoft Store dan juga Edge.

Untuk prestasi, ia bakal dijana oleh CPU dari Intel i5 Gen-10 dengan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Tambahan, komputer riba ini walaupun lebih murah, bahan binaan dan kualitinya setanding dengan produk Surface yang lain.

Bagi pelancaran produk ini, ia dikatakan akan menemui orang ramai secara rasmi dalam bulan Oktober nanti.

Sumber: Windows Central

 

Berkaitan