Microsoft Perlihatkan Menu Start Windows 10 Berwajah Baru

Pengguna sudah boleh mencubanya.


Pembangun sistem operasi Windows 10, Microsoft telah mendedahkan wajah baru menu Start Windows 10.

Wajah baru Start Windows 10 ini akan ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna Windows yang berdaftar sebagai pengguna versi pembangun Windows 10 menerusi Windows 10 Insider Preview Build 20161.

Menurut Microsoft, wajah baru Start tersebut memberikan rupa yang lebih menarik dipandang bagi tema gelap mahupun cerah.

Kapsyen: Kredit: Microsoft


Selain itu, paparan Windows 10 juga kini menawarkan tetapan baru menerusi Settings > Personalization > Color yang akan menjadikan menu Start Windows 10 seperti rajah di bawah.

Kapsyen: Kredit: Microsoft


Selain daripada reka bentuk baru bagi menu Start, Microsoft juga melakukan beberapa penambahbaikan lain untuk paparan notifikasi, Taskbar dan tetapan Windows 10 yang lebih baik.

Kesemua ciri baru Windows 10 ini dijangka akan hadir pada semua penggunanya tidak lama lagi.

Berkaitan