https://www.youtube.com/watch?v=wBOSZfzDgBE
Ia membawakan beberapa ciri menarik berbanding produk sebelumnya iaitu sokongan LTE, kapasiti bateri lebih besar, dan storan SSD boleh tukar. Namun buat masa ini, Surface Pro 7+ ini hanya dipasarkan untuk pengguna perusahaan dan pendidikan sahaja.
Cip yang digunakan adalah Intel Gen-11 bermula dari model Intel Core i3 1115G4 sehingga Intel Core i7 1165G7. RAM adalah sehingga 32GB manakala storan pula sehingga 1TB SSD yang boleh ditukar.
Ketahanan bateri kini lebih lama sehingga 15 jam berbanding hanya 10 jam pada Surface Pro 7. Ini adalah disebabkan bateri yang berkapasiti lebih besar dari 46.5Wh kepada 50.4Wh.
Surface Pro 7+ ini masih lagi dilengkapi dengan paparan sama 12.3 inci (2736 x 1824) PixelSense. I/O yang disertakan adalah 1x USB-C, 1x USB-A, bicu audio 3.5mm, dan bicu Surface Connect.
Sedikit mengecewakan kerana model Surface Pro 7+ ini tidak dijual kepada pengguna umum. Harga pasarannya adalah bermula $899 (~RM3,651).
Berkaitan
- realme C17 Diperkenalkan Dengan Snapdragon 460, 90Hz HD+ Dan USB-C
- Realme Umum Jadual Kemaskini ColorOS 7 - Dimulakan Dengan Realme 3 Pro, Realme XT
- Harga vivo V17 Kini Dikemaskini Kepada RM1299, Namun Storan Adalah Lebih Kecil
- Samsung Galaxy A71, A51 Dilancarkan - Infinity-O AMOLED Dengan Kuad Kamera
- Siri Huawei Mate 40 Dilancarkan - Kamera Utama 50MP, Zum Optikal Sehingga 17x Dan Cip Kirin 9000 Lebih Pantas
- Sebanyak 377 Ribu Pelanggan Streamyx Akan Dinaik Taraf Kepada Gentian Optik Bermula Tahun Ini
- Amazfit Umum 2 Model Jam Pintar Baharu - Pop Pro Dan GTS 2 mini
- (Ura-Ura) Apple Car Mungkin Akan Dilancarkan September 2021, Kini Uji Prototaip Kereta Di Jalan Raya
- realme X7 Dan X7 Pro Kini Rasmi - Dijana Cip MediaTek Dimensity 1000+, Paparan 120Hz, Dan Bateri 4,500mAh
- Huawei P30 Dan P30 Pro Diturunkan Harga - Bermula Pada RM1,999