Microsoft OneDrive Kini Sokong Muat Naik 'Live Photos' Di iOS

Setelah melakukan percubaan beta sejak Oktober yang lalu, Microsoft akhirnya mengumumkan bahawa aplikasi OneDrive iOS kini menyokong muat naik Live Photos.

Seperti sedia maklum, peranti iOS akan merakam 1.5 saat sebelum dan selepas ketika mengambil gambar. Selain gambar pegun, ia sebaliknya menangkap detik gambar bersama-sama pergerakan dan bunyi.

Selepas gambar dimuat naik menerusi laman OneDrive atau aplikasi, anda boleh melihat gambar Live Photos tersebut.



Untuk memainkan semula Live Photos, anda boleh sentuh lama pada gambar tersebut di aplikasi OneDrive manakala sentuh pada icon "Live" jika melihat melalui laman OneDrive.

Jika anda sudah memuat naik Live Photos daripada peranti, ia akan disimpan sebagai gambar pegun. Namun, anda boleh muat naik semula ke OneDrive sebagai Live Photos.

thumbnail image 1 of blog post titled  Live Photos come to OneDrive

Berikut adalah cara untuk memuat naik Live Photos di OneDrive:

  • Di tetapan OneDrive>pilih "Camera Upload">pilih muat naik semula daripada format gambar asal>tekan On pada label "Reupload Still Photos as Live Photos"

  • Perkara ini tidak boleh dipatah balik selepas menukar tetapannya dan akan muat naik Live Photos dalam format asal

  • Muat naik dan main balik Live Photos hanya menyokong akaun peribadi dan tidak boleh pada akaun kerja atau sekolah


Selain itu, anda perlu menjalankan aplikasi OneDrive versi 12.11 dan ke atas serta iOS 13 dan ke atas untuk menikmati fungsi ini.

Tambahan lagi, Live Photos akan mengambil storan OneDrive anda lebih banyak disebabkan format gambar tersebut juga bersaiz besar jika hendak dibandingkan format gambar biasa.

Sumber: Microsoft