Microsoft Office Kini Menyokong Trackpad Dan Tetikus Pada iPadOS

iPadOS mula diperkenalkan pada tahun lepas dimana ia merupakan sistem operasi khas untuk tablet daripada Apple.

Salah satu ciri menarik adalah pengguna boleh menggunakan trackpad dan tetikus pada iPad.

Akan tetapi ciri ini perlu dioptimakan beberapa aplikasi lain bagi menyokongnya dan Microsoft baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan kemaskini Office bagi tujuan ini.



Kemaskini terbaharu ini memberikan pengalaman menggunakan perisian Office lebih sempurna seakan pada windows atau mac.



Ia memanfaatkan kelebihan pada iPadOS dimana navigasi kursor lebih mudah dan penyesuaian yang tepat. Selain itu, highlight pada teks di Word atau melaras saiz gambar pada PowerPoint lebih senang.

Tambahan lagi, Microsoft juga mengemaskini skrin permulaan dan menu ribbon yang baharu pada Office.

Ia memberikan pengguna pengalaman yang lebih moden dan sempurna terhadap pelbagai tugas yang dilakukan.

Terdapat beberapa pengguna yang telah menerima kemaskini ini dan Microsoft menyatakan semua pengguna akan menikmati ciri baharu ini dalam beberapa minggu lagi.

Sumber: microsoft