Microsoft Office Adalah Aplikasi Yang Paling Banyak Berdepan Serangan Siber Sepanjang 2019

Penggodam gemar mengeksploitasi kecacatan aplikasi tersebut.


Penyelidik keselamatan dari Precisesecurity.com melaporkan aplikasi Microsoft Office berdepan dengan peningkatan serangan penggodam sepanjang tahun 2019.

Malah aplikasi itu adalah yang paling banyak berdepan serangan siber untuk sepanjang tahun ini di mana ia mewakili lebih daripada  72% sebagai aplikasi yang paling kerap diserang diseluruh dunia selain pelayar sesawang, sistem operasi dan lain-lain.

Kapsyen: Kredit: Statista


Ia berikutan penggodam yang gemar mengeksploitasi kecacatan ciri keselamatan yang ada pada aplikasi tersebut. Sekaligus menjadikannya lubuk untuk penggodam mudah menyerang  bagi mengakses data-data yang terdapat di dalam komputer mangsa mereka.

Selain itu, aplikasi pelayar berada di kedudukan kedua sebagai lubuk eksploitasi iaitu sebanyak 13.47%.  Diikuti oleh sistem operasi Android sebanyak 9.09%, java 2.36%, Adobe Flash 1.57% dan PDF sebanyak 0.66%.

Oleh itu, pengguna amat disyorkan supaya sentiasa mengemas kini aplikasi-aplikasi mereka kepada versi terbaru bagi mengelakkan daripada terdedah kepada isu penggodaman.

Berkaitan