Microsoft Naikkan Storan Minimum Untuk Windows 10 Dari 12GB Kepada 32GB

Mungkin sesetengah daripada anda sudah mengetahui dimana Microsoft memerlukan 16GB ruang minimum. Pada awal tahun ini, syarikat itu mengumumkan bahawa ia akan menggunakan 7GB lagi daripada ruang storan komputer sebagai Reserved Storage untuk tujuan kemaskini.

Ia bertujuan untuk tidak mengganggu proses kemaskini Windows 10 akan datang yang mungkin tergendala jika tidak mempunyai ruang storan yang mencukupi. Walaubagaimanapun, perkara ini menimbulkan keresahan kepada pengguna yang mempunyai memori berkapasiti kecil.

Terbaru, Microsoft dilaporkan telah meningkatkan memori minimum yang diperlukan untuk Windows 10 dari 16GB kepada 32GB dan ia akan bermula pada versi 1903 (Mei 2019). Ia melibatkan Windows 10 bagi 32 bit dan 64 bit.



Hal ini memerlukan pengeluar untuk menyediakan komputer dengan storan sekurang-kurangnya 64GB. Bagi pengguna yang mempunyai storan berkapasiti besar mungkin tidak menjadi masalah tetapi bagi yang terhad kepada 32GB, mereka mungkin akan terhenti pada Windows 10 versi 1809 yang mana sokongannya tamat pada 2020.



Sumber: Microsoft