Microsoft Mungkin Hadir Dengan Peranti Android Pertamanya Tidak Lama Lagi

Microsoft sebelum ini telah menghasilkan beberapa siri peranti telefon pintar yang dijalankan dengan sistem Windows Phone sepanjang pemilikkan mereka ke atas syarikat Nokia Mobile. Bagaimanapun, model-model berkenaan jelas gagal mendapat tempat di hati pengguna telefon pintar.

Nokia semakin meningkat maju hasil usaha HMD Global, sementara Microsoft mula mengubah strategi mereka dalam industri telefon pintar dengan kini lebih menfokuskan penghasilan perisian berbanding perkakasan. Namun, ia tidak bermakna mereka mahu terus berhenti membangunkan peranti-peranti baru.

Perkara ini dibuktikan apabila Microsoft dikatakan sedang dalam proses membangunkan sebuah lagi telefon pintar di bawah jenama mereka. Apa yang menarik perhatian pada peranti kali ini, ia dilaporkan tidak akan menggunakan sistem Windows Phone tetapi akan dijalankan dengan sistem Android.

Kredit : Windows Latest


Imej di atas dikatakan memaparkan interaksi antara seorang pelanggan Microsoft dengan Pegawai Perhubungan Pelanggan mereka. Pegawai itu memberitahu bahawa jurutera mereka sedang dalam proses untuk menghasilkan sebuah model baru, namun tiada maklumat berkenaan jenis model yang akan dihasilkan.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi diperingkat ura-ura di mana tiada sebarang maklumbalas daripada pihak Microsoft yang diterima sehingga kini. Sekiranya benar, ia pasti satu peranti yang menarik untuk dinantikan.

Sumber

Berkaitan