Microsoft Mungkin Akan Membuang Satu Ciri Paling Tak Berguna Dari Windows 10

Antaramuka Windows 10 akan dikemas kini dengan rekaan yang lebih baik.


Laman Windows Latest mendakwa, Microsoft mungkin akan membuang ciri Live Tiles yang dipaparkan pada antaramuka Windows 10 apabila pengguna klik pada butang Start.

Live Tiles adalah ciri antaramuka yang pertama kali diperkenalkan pada telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 7.

Kemudiannya Microsoft memperkenalkan pula reka bentuk Live Tiles pada pengguna Windows 8 sehinggalah Windows 10 ketika ini.

Walaubagaimanapun, Live Tiles tidak popular dikalangan pengguna Windows.

Jadi, Microsoft dikhabarkan akan perkenalkan reka bentuk antaramuka baru yang mungkin akan menyerupai antaramuka sistem Windows 10X.

Kapsyen: Windows 10X. Kredit: Microsoft


Jika khabar angin ini benar, pengguna Windows 10 dijangka hanya akan menerima reka bentuk baru antaramuka bagi sistem komputer mereka itu selewat-lewatnya pada awal tahun hadapan.