Lebih daripada 100 rekaan ikon baru ini akan digunakan pada aplikasi peranti mudah alih dan sistem operasi Windows.

Bermula tahun hadapan yang tidak lama sahaja lagi akan tiba, pengguna sistem operasi Windows dan aplikasi-aplikasi lain yang dibangunkan Microsoft akan mula menerima reka bentuk ikon baru dalam peranti mereka.

Microsoft menyatakan, reka bentuk baru bagi ikon-ikon dalam ekosistem mereka direka bagi mewakili jenama Microsoft keseluruhannya.

From enterprise to small business to consumer, product teams ensured each icon authentically represented both the product truth and the larger Microsoft brand.”

Reka bentuk ikon 3 dimensi bagi aplikasi Windows.

Pada tahun ini, Microsoft telah pun perlihatkan rekaan baru ikon bagi pelayar Edge yang akan ditawarkan kepada pengguna pada pertengahan Januari 2020 nanti.

IKLAN

Manakala reka bentuk ikon aplikasi pejabat iaitu Microsoft Office telah pun diperlihatkan tahun 2018 lalu.

Reka bentuk logo pelayar Edge dan Office yang lebih moden.

Reka bentuk ikon baru ini bukan hanya menjadikannya lebih menarik tetapi juga sebagai usaha Microsoft memenuhi keperluan teknologi baru yang digunakan oleh para pengguna mereka.

Our customers are also beginning to use mixed reality to accomplish goals in a completely new way. Blending the physical and digital worlds in our icons helped us think beyond traditional manifestations of colors, finishes, and materials“. Microsoft.