Microsoft Merancang Melebarkan Pelayar Microsoft Edge Kepada Pengguna Linux

Pembangun pelayar tersebut sedang mengadakan kaji selidik terhadap pengguna Linux.


Selepas menawarkan pelayar Microsoft Edge kepada pengguna Mac tahun ini, kini Microsoft dalam perancangan melebarkan aplikasi pelayar tersebut untuk pengguna yang menggunakan sistem operasi Linux pula.

Ia berdasarkan ciapan Twitter oleh salah seorang yang terlibat dalam pembangunan pelayar itu baru-baru ini yang meminta bantuan daripada pengguna Linux bagi menyertai kaji selidik bertajuk "Web Development on Linux Survey".

"We'd love to learn more about your requirements and expectations for Linux web browsers for your web development, testing, and personal browsing."

https://twitter.com/TheLarkInn/status/1177326174826975233

Buat masa ini, pelayar Microsoft Edge belum sedia ditawarkan kepada pengguna, sama ada versi penuh mahupun beta. Tetapi pengguna juga boleh menggunakan pelayar tersebut selain pada komputer Windows iaitu macOS (Beta Channel, Dev Channel, Canary Channel)  , Android (masih versi beta) dan iOS secara percuma.

Sumber: Windows latest