Windows 10 v1909 dijangka akan hadir dalam bulan November 2019.
Seperti sedia maklum, pembangun sistem operasi Windows 10, Microsoft sudah bersedia untuk melepaskan kemas kini terbaru versi Windows 10 1909 yang dijangka akan dilepaskan dalam bulan November nanti.
Sebelum menawarkannya, Microsoft turut menyenaraikan cip pemprosesan yang diperlukan bagi menyokong versi Windows 10 tersebut.
Berikut adalah senarai cip pemprosesan yang menyokong Windows 10 1909:-
- Intel - Barisan model terbaru cip pemrosesan Intel Gen-10 (Intel Core i3/i5/i7/i9-10xxx), Intel Xeon E-22xx, Intel Atom (J4xxx/J5xxx and N4xxx/N5xxx), Celeron dan Pentium.
- AMD - Barisan model cip pemrosesan AMD Gen-7 (A-Series Ax-9xxx & E-Series Ex-9xxx & FX-9xxx); AMD Athlon 2xx processors, AMD Ryzen 3/5/7 3xxx, AMD Opteron dan AMD EPYC 7xxx.
- Qualcomm - Snapdragon 850 dan 8cx
Sejak versi Windows 10 1903, Microsoft telah membuat perubahan bagi keperluan minimum yang diperlukan bagi menyokong versi Windows 10 terbaru, walupun ia tidak begitu ketara dari versi sebelumnya.
Cuma bermula Windows 7, Microsoft menetapkan keperluan minimum storan yang diperlukan bagi memasang sistem operasi Windows terbaru meningkat dari 16GB kepada 32GB, khususnya terhadap sistem Windwos 64bit.
Berkaitan
- Microsoft Mengesyorkan Pengguna Pelayar Firefox Supaya Beralih Kepada Microsoft Edge
- Lebih Daripada 100 Bilion Mesej Dihantar Menerusi WhatsApp Pada Sambutan Tahun Baru Lalu
- Sebanyak 14 Lagi Model Telefon Pintar Huawei Dan Honor Menerima Kemas Kini EMUI 10
- Xiaomi Memberhentikan Pengeluaran Redmi Note 10 Untuk Pasaran Indonesia
- Satelit Prototaip Berjaya Sampaikan Kelajuan Muat Turun 10Mbps Pada Peranti Di Kawasan Tanpa Liputan
- Microsoft Akan Menyokong Windows 10 Hanya Untuk Tempoh 4 Tahun Sahaja Lagi
- Proses Kemas Kini Windows 10X Hanya Memakan Masa Kurang Dari 90 Saat Sahaja
- Kemas Kini Kumulatif Terbaru Untuk Pengguna Windows 10
- Microsoft Membangunkan 2 Teknologi Baru Bagi Menangani Berita Palsu
- Ini Senarai 10 e-Dompet Yang Sudah Boleh Digunakan Di China