Microsoft Mengisukan Masalah Kemas Kini Windows 10 Versi 1903 Yang Menyebabkan Peranti Pembesar Suara Bluetooth Tidak Berfungsi

Microsoft akui ia berpunca daripada mereka dan mengeluarkan panduan bagi menangani masalah ini.


Pihak Microsoft telah mengisukan berkenaan aduan pengguna Windows 10 selepas mereka mengemas kini sistem operasi komputer mereka kepada Windows 10 versi 1903.

Di dalam kemas kini tersebut terdapat komponen kemas kini  KB4505903 yang telah dilepaskan pada 26 Julai 2019 lalu. Namun begitu, komponen kemas kini tersebut didapati telah menyebabkan peranti pembesar suara Bluetooth tidak berfungsi.

Ia hanya baru disedari oleh pihak Microsoft selepas mereka menerima aduan dari sebahagian besar pengguna. Sebelum ini pihak Microsoft menyatakan ia bukan salah mereka dan meminta pengguna supaya menghubungi pengeluar komputer pengguna sendiri.

Tetapi baru-baru ini pihak Microsoft telah mengakui bahawa ia adalah kecacatan yang terdapat dalam komponen kemas kini yang dilepaskan mereka pada Julai lalu.

Bagi menangani isu ini, pihak Microsoft telah mengeluarkan panduan bagi membantu pengguna Windows 10 versi 1903 yang terjejas.

Microsoft meminta pengguna versi Windows 10 tersebut supaya menggunakan System File Checker tool (SFC.exebagi membaik pulih sistem fail yang hilang atau rosak.

Berikut adalah panduan bagi membetulkan masalah ini sepertimana yang  disediakan oleh pihak Microsoft:-

  1. Open the command console by using administrative authority.

  2. At the command prompt, type the following command, and then press Enter:
       sfc /scannow

    Note It may take several minutes for the command operation to be completed.

  3. After the process is finished, restart the computer.


Untuk info lebih lanjut, sila layari laman muka Windows Support.