Microsoft Mengesyorkan Pengguna Pelayar Firefox Supaya Beralih Kepada Microsoft Edge

Dipaparkan pada antaramuka Menu Start Windows 10.


Masih menggunakan aplikasi pelayar Firefox di platfom Windows 10? Microsoft mungkin tidak selesa dengan pilihan anda itu.

Ini kerana sebahagian pengguna Windows 10 telah dipaparkan iklan dari Microsoft yang mencadangkan supaya pengguna yang masih menggunakan pelayar internet lain, khususnya pelayar Firefox supaya beralih kepada Microsoft Edge.

Still using Firefox? Microsoft Edge is here

Kapsyen: Kredit: Windows latest


Paparan Suggested itu mungkin menjengkelkan anda. Tetapi anda boleh menutup paparan itu menerusi Settings > Personalization > StartOccasionally show suggestions in Start.

Kapsyen: Tetapkannya kepada Off.


Aplikasi pelayar Microsoft Edge sudah pun ditawarkan secara rasmi kepada semua pengguna sejak pertengahan Januari 2020. Pelayar baru yang berasaskan Chromium ini boleh dipasang pada sistem komputer Windows 7/8/8.1/10 macOS serta peranti pintar Apple iOS dan peranti Android.

Setakat ini, pelayar Microsoft Edge menerima ulasan yang baik daripada penggunanya. Ia didakwa sebagai pelayar yang lebih baik dari segi prestasi serta lebih baik ciri keselamatannya berbanding pelayar Google Chrome.

Sumber: Windwos Latest

Berkaitan