Microsoft Mengemaskini Reka Bentuk Aplikasi Word, Excel Dan PowerPoint Bagi Peranti iOS

Baru-baru ini Microsoft telah membuat kemas kini yang terbaru bagi aplikasi Word, Excel dan PowerPoint bagi peranti-peranti iOS. Kemaskini ini dilengkapi dengan reka bentuk yang baru untuk menjadikan aplikasi lebih kemas dan lebih mudah untuk digunakan.

Selain itu, Microsoft juga memperkenalkan ciri baru yang berada di aplikasi ini iaitu alt-text pane. Menerusinya, pengguna dapat menulis komen pada teks dan menanda elemen-elemen seperti gambar di dalam dokumen sebagai hiasan.

microsoft office

Aplikasi Excel juga mempunyai dua ciri baru seperti berikut :

  • Read and Reply on the Fly : Pengguna dapat membaca dan membalas komen secara langsung dari e-mel.

  • XLOOKUP : Memudahkan pengguna mencari data di dalam sel-sel dokumen Excel.


Bagi pengguna iOS, anda boleh dapatkan kemaskini yang terbaru bagi aplikasi Word, Excel dan Powerpoint di App Store.