Microsoft Menawarkan Konsol Xbox One X Edisi Terhad Bertemakan 'Cyberpunk'

Konsol Xbox One X ini bercahaya di dalam gelap.


Microsoft telah menghasilkan konsol permainan Xbox One X edisi terhad yang bertemakan permainan 'Cyberpunk 2077'. Konsol edisi terhad tersebut dinamakan sebagai "Xbox One X Cyberpunk 2077 Limited Edition".

Konsol istimewa ini lengkap dengan cetakan laser, warna bercahaya di dalam gelap dan panel kustom khas.

Malah ia turut lengkap hadir bersama alat kawalan edisi terhad bagi versi "Xbox One X Cyberpunk 2077 Limited Edition Bundle".



Konsol edisi terhad ini dijangka akan ditawarkan dalam bulan Jun nanti iaitu 3 bulan lebih awal daripada permainan Cyberpunk 2077 untuk Xbox One ditawarkan.

Xbox One X edisi terhad ini akan ditawarkan dengan storan berkapasiti 1TB. Walaubagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang pengumuman harga jualan serta tarikh rasmi bilakah konsol ini akan ditawarkan.

https://www.youtube.com/watch?v=nDhVZlOJJvo&feature=emb_logo

Berkaitan