Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
windows update

Microsoft Memperbetulkan Lebih 100 Kelemahan Sistem Windows

Diterbitkan April 14, 2021 oleh ariff bukhari

Kemas Kini Terbaru Untuk Pengguna Windows 10

Awal hari ini Microsoft telah melepaskan kemas kini terbaru untuk pengguna Windows 10. Secara khususnya kemas kini kumulatif KB5001330 untuk pengguna versi Windows 10 20H2/2004 dan KB5001337 untuk pengguna Windows 10 1909.

Selain itu, Microsoft juga turut menawarkan kemas kini sama untuk versi-versi sistem operasi Windows terdahulu termasuklah Windows 10 1803 dan Windows 10 1809.

Daripada apa yang disenaraikan Microsoft, terdapat sebanyak 108 kelemahan sistem Windows diperbetulkan menerusi kemas kini ini.

Antara kelemahan yang diperbetulkan adalah ke atas Windows Apps, Windows Kernel, Internet Explorer dan Windows Media.

Selain itu turut diperbetulkan adalah isu sambungan mesin pencetak bersama Windows.

Untuk senarai penuh kandungan kemas kini Windows ini, anda boleh melihatnya di laman Microsoft Update Catalog.

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY