Microsoft mula bertindak ke atas Huawei.
Susulan daripada laporan sebelum ini, Microsoft hari ini telah mula menarik keluar produk komputer riba keluaran Huawei daripada ditawarkan di stor rasmi mereka.
Komputer riba Huawei Matebook X Pro dan MateBook D yang baru sahaja ditawarkan di stor Microsoft pada 12 Mei lalu kini tidak lagi ada di laman tersebut.
Tindakan drastik yang diambil mereka ini adalah susulan daripada tindakan Google menarik hak lesen Android yang dimiliki Huawei.
Ia juga akibat daripada tekanan daripada Presiden Amerika, Donald Trump selepas kerajaan AS menzahirkan kerisauan peranti milik syarikat gergasi China itu berkemungkinan digunakan oleh kerajaan China untuk merisik rangkaian di Amerika.
Kini, boleh dikatakan hampir kesemua syarikat teknologi dari A.S yang ada hubungan dengan Huawei sebelum ini telah pun turut sama memutuskan hubungan dengan Huawei.
Respon kepada tindakan Microsoft itu, Huawei hanya mengatakan ia akan masih menjual komputer riba Windows yang sedia ada apa pada peruncit. Mereka juga akan terus membekalkan kemas kini dan khidmat selepas jualan produk-produk itu juga.
Namun begitu, mereka tidak dapat berkongsikan tentang perancangan masa depan berkenaan produk-produk mereka yang terjejas dengan isu ini buat masa ini.
Sumber: PCMag
Berkaitan
- Pejabat Mufti Jawab Dakwaan Bumi Datar Oleh Golongan 'Flat Earth'
- Arah Pekerja Aktifkan Kamera Melanggar Hak Asasi Manusia - Mahkamah Belanda
- Nokia 33 'Sekupang' Dijual Hampir RM20 Ribu Kepada Penggodam Untuk Mencuri Kereta
- Samsung Boleh Mematikan Sebarang Televisyen Pintar Keluarannya Secara Kawalan Jauh Di Seluruh Dunia
- "Body Shaming" Adalah Jenayah. Pelaku Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang
- vivo Malaysia Terus Menyumbang Kepada Komuniti Yang Terkesan Dengan Pandemik COVID-19
- Ini Cara Untuk Tidak Dilambak Dengan 'Feeds' Facebook Yang Mengarut
- Terdapat Isu Teknikal Pada Sistem Janji Temu Vaksin Di Aplikasi MySejahtera
- Ini Adalah Storan SSD Kapasiti Terbesar Di Dunia Yang Ada Ditawarkan Ketika Ini
- Pertama Di Malaysia, Kedah Rancang Bina Empangan Air Bawah Tanah Guna Teknologi Jepun