Kemas kini tersebut didakwa menyebabkan banyak masalah kepada pengguna.
Microsoft pada pertengahan Mei lalu telah pun menawarkan kemas kini kumulatif KB4556799 kepada pengguna Windows 10 versi 1903 dan 1909.
Walaubagaimanapun, tidak lama selepas kemas kini itu ditawarkan, para pengguna melaporkan mereka berdepan dengan beberapa isu kritikal seperti isu pemasangan kemas kini, kestabilan sistem Windows, prestasi komputer dan banyak lagi.
Susulan daripada aduan para pengguna mereka, Microsoft pada hari ini telah respon dan memaklumkan bahawa mereka sedang memantau perkara tersebut.
"We are actively engaged with customers who are reporting issues. To date, we have not seen widespread issues reflectedin telemetry, support data, or customer feedback channels. We continuously investigate all customer feedback and are closely monitoring this situation." Microsoft.
Microsoft juga meminta para pengguna Windows 10 supaya melaporkan sebarang isu yang dihadapi kepada mereka menerusi Feedback Hub.
"If you experience any issues, we'd like to know. Please provide feedback using the keyboard shortcut Windows + F or go to the Start menu and select Feedback Hub so that we can investigate." Microsoft.
Berkaitan
- Pelanggan YouTube Premium Kini Boleh Memuat Turun Video Berdefinisi Penuh 1080p
- Sekali Lagi Microsoft Tersalah Hantar Versi Kemas Kini Windows Kepada Pengguna
- Microsoft Akan Menawarkan Versi Windows 10 1909 Tidak lama Lagi
- Pengguna Windows Jangan Terpedaya Dengan E-mel Palsu Kemas Kini Windows
- Seakan Memaksa, Pengguna Windows 10 Terima Iklan Windows 11 Skala Skrin Penuh
- Microsoft Menawarkan Kemas Kini Kumulatif Windows 10 KB4556799 Dan KB4551853
- Siri Redmi Note 12 Hadir Dengan Pengecas Terpantas 210W
- NVIDIA Akan Menamatkan Sokongan Ke Atas Sistem Windows 7 Dan Windows 8/8.1
- Tips Pintasan Kekunci Bagi Membuka Dan Menutup 'File Explorer' Windows 10
- Pengguna iPhone Dah Boleh Kemaskini iOS 15