Microsoft Lancar Visual Studio Online, Penyunting Kod Dalam Talian

Microsoft mengumumkan pelancaran prebiu tertutup pada produk baru mereka, Visual Studio Online, iaitu sebuah penyunting kod dalam talian.

Perkhidmatan itu berdasarkan Visual Studio Code, sebuah penyunting kod popular dari Microsoft. Ini bermaksud segala add-on atau extensions pada Visual Studio Code, boleh didapati pada versi dalam talian juga.



Visual Studio Code versi dalam talian ini juga didatangi bersama ciri-ciri popular seperti Workspaces, menyokong IntelliCode dan alat dari Microsoft dengan bantuan Artificial  Intelligence.

Objektif Visual Studio versi  dalam talian ini adalah bagi dijadikan sebagai 'teman' supaya pengguna dapat mengubah atau menyunting dengan mudah dan membenarkan untuk meminta atau menyertai sesuatu Live Share bagi tujuan pembelajaran.

Sumber: Tech Cruch