Microsoft Lancar Office 2019 Untuk Mac Dan Windows

Office 365 merupakan produk atas talian Microsoft berdasarkan teknologi awan yang menggantikan perisian pejabat yang terkenal mereka sebelum ini. Itu tidak bermakna Microsoft sudah menghentikan tawaran produk untuk perisian luar talian mereka. Memperkenalkan Office 2019, memberikan pembaharuan yang telah wujud dalam Office 56 ProPlus ke pengguna luar talian mereka.

Microsoft Word menampilkan mod fokus yang memberikan keutamaan kepada dokumen yang mesti disiapkan (Mac) dan juga mod gelap (Dark Mode) dan beberapa fungsi pendakwatan dipertingkatkan.

Setakat ini pengguna komersial yang membeli dalam kuantiti yang banyak sahaja yang boleh mendapatkan salinan asli Microsoft Office 2019 buat masa ini. Pengguna biasa perlu menunggu beberapa minggu lagi untuk mendapatkan salinan mereka.