Jadi bermula hari ini, Microsoft telah mula membuang Adobe Flash Player dari sistem operasi komputer Windows 10.
Ia dilakukan dengan penawaran kemas kini pilihan terbaru Windows 10 KB4577586 oleh Microsoft kepada pengguna Windows 10 hari ini.
"Applying this update will remove Adobe Flash Player from your Windows device." Microsoft
Namun begitu, apa yang perlu difahami pengguna adalah hanya versi Adobe Flash Player yang didatangkan sekali bersama sistem Windows sahaja akan dibuang dari komputer pengguna.
Bagi versi Adobe Flash Player yang dipasang secara berasingan ke dalam sistem Windows, aplikasi tersebut tidak terjejas dengan kemas kini ini.
Malah dari semakan oleh laman Bleeping Computer juga mereka mendapati, komponen Adobe Flash Player yang terdapat dalam pelayar Microsoft Edge dan pelayar lain juga tidak terjejas dengan kemas kini ini.
Berikut adalah senarai penuh versi Windows yang menerima kemas kini tersebut sepertimana yang dinyatakan Microsoft:-
Sebagai peringatan, Microsoft turut memaklumkan bahawa kemas kini ini tidak boleh dinyah pasang semula oleh pengguna.
"After you apply this update, it cannot be uninstalled." Microsoft.
Untuk mendapatkan kemas kini KB4577586 ini, anda perlu mendapatkannya sendiri dengan memuat turunnya dari laman Microsoft Update Catalog.
Ini kerana Microsoft menyatakan bahawa kemas kini ini hanya akan ditawarkan secara automatik kepada semua pengguna menerusi kemas kini sistem Windows pada awal tahun hadapan.
"This update is currently not available in Windows Server Update Service (WSUS). It will be made available in early 2021." Microsoft
Berkaitan
- Aplikasi Windows Baharu Ini Bolehkan Anda Akses Windows Dari Sebarang Peranti
- Microsoft Menambah Baik Tetapan Pilihan Kad Grafik Pada Windows 10
- Pengguna Lenovo ThinkPad Dinasihatkan supaya Tidak Mengemas Kini Windows 10 Mereka Buat Masa Ini
- Windows 10 Bakal Dilengkapi Ciri Yang Sudah Pun Digunakan macOS Sejak Lapan Tahun Lalu
- 10 Aplikasi "Dating" Ini Paling Popular Di Malaysia Sepanjang Tahun 2021
- AMD Mengumumkan Generasi Ke-3 Ryzen 3100 Dan 3300X Serta Set Cip AMD B550
- Ini Senarai 10 Video YouTube Paling Sohor Kini Di Malaysia Sepanjang 2022
- ASUS Lancar Zenbook Pro 14 OLED (UX6404) Berharga RM10,999
- Razer Memperbetulkan Kecacatan Sistem Yang Mendedahkan 100 Ribu Data Pembeli Atas Talian
- Adobe Flash Player Akhirnya Akan Dibuang Dari Windows 10 Seawal Jun Ini