Microsoft Kini Membuang Dan Tidak Menyertakan Sekali Adobe Flash Player Dalam Sistem Windows

Seperti semua tahu, sokongan terhadap aplikasi Adobe Flash Player akan ditamatkan sepenuhnya oleh Adobe pada 31 Disember tahun ini.

Jadi bermula hari ini, Microsoft telah mula membuang Adobe Flash Player dari sistem operasi komputer Windows 10.

Ia dilakukan dengan penawaran kemas kini pilihan terbaru Windows 10  KB4577586 oleh Microsoft kepada pengguna Windows 10 hari ini.

"Applying this update will remove Adobe Flash Player from your Windows device." Microsoft

Namun begitu, apa yang perlu difahami pengguna adalah hanya versi Adobe Flash Player yang didatangkan sekali bersama sistem Windows sahaja akan dibuang dari komputer pengguna.

Bagi versi Adobe Flash Player yang dipasang secara berasingan ke dalam sistem Windows, aplikasi tersebut tidak terjejas dengan kemas kini ini.

Malah dari semakan oleh laman Bleeping Computer juga mereka mendapati, komponen Adobe Flash Player yang terdapat dalam pelayar Microsoft Edge dan pelayar lain juga tidak terjejas dengan kemas kini ini.

Berikut adalah senarai penuh versi Windows yang menerima kemas kini tersebut sepertimana yang dinyatakan Microsoft:-

  • Windows 10, version 1909

  • all editions Windows 10, version 1903

  • all editions Windows Server 2019

  • all editions Windows 10, version 1809

  • all editions Windows Server version 1809

  • Windows 10 version 1803

  • all editions Windows Server version 1803

  • Windows 10 version 1709

  • all editions Windows Server version 1709

  • Windows 10 version 1703

  • all editions Windows Server 2016

  • Windows 10 version 1607

  • all editions Windows 10

  • Windows Server 2012 R2

  • Windows RT 8.1

  • Windows 8.1

  • Windows Server 2012


Sebagai peringatan, Microsoft turut memaklumkan bahawa kemas kini ini tidak boleh dinyah pasang semula oleh pengguna.

"After you apply this update, it cannot be uninstalled." Microsoft.

Untuk mendapatkan kemas kini KB4577586 ini, anda perlu mendapatkannya sendiri dengan memuat turunnya dari laman Microsoft Update Catalog.

Ini kerana Microsoft menyatakan bahawa kemas kini ini hanya akan ditawarkan secara automatik kepada semua pengguna menerusi kemas kini sistem Windows pada awal tahun hadapan.

"This update is currently not available in Windows Server Update Service (WSUS). It will be made available in early 2021." Microsoft

Berkaitan