Microsoft Hentikan Sokongan Office 2007 Bermula Minggu Hadapan

Genap 10 tahun Microsoft Office 2007 dilancarkan dan kini sudah tiba masanya sokongan untuk perisian itu dihentikan.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Microsoft, bermula pada 10 Oktober 2017 , mereka tidak lagi menawarkan kemaskini keselamatan, membaiki pepijat, atau sebarang bantuan teknikal untuk Office versi 2007.

Para pengguna disarankan supaya menaiktaraf perisian mereka kepada Microsoft Office yang lebih terkini ataupun melanggan perkhidmatan Office 365. Selain itu, syarikat itu juga memberitahu bahawa perisian Outlook 2007 juga akan berhenti dari berhubung dengan Office 365 pada 31 Oktober 2017.

Bagi pengguna Office 2007, anda boleh meneruskan penggunaan perisian tersebut seperti biasa tetapi tiada kemaskini yang akan diperolehi lagi.

Sumber: Microsoft