Microsoft Hasilkan Komputer Peribadi Semua Dalam Satu

Setelah berbulan lamanya khabar angin bertiup tentang penghasilan komputer meja(desktop) dari Microsoft, akhirnya syarikat itu mengumumkan pengeluaran komputer peribadi semua dalam satu pada sebuah acara yang diadakan di bandaraya New York.

surface_studio_techspecs_4_contentplacementpanel_4_v1

Seperti kebanyakkan komputer semua-dalam-satu yang lain, komputer peribadi itu direka dengan kesemua komponen dipasang pada monitor. Microsoft yakin keluaran komputer meja pertama mereka ini bakal menyaingi jenama terkenal yang lain.

Komputer yang dikenali sebagai Surface Studio ini mempunyai spesifikasi yang hebat dimana ia akan diperkasakan dengan Unit Pemproses Grafik (GPU) Nvidia 980, diiringi dengan RAM 32 GB dan storan sebesar 2TB. Terdapat juga speaker maya keliling 2.1 dan port bekalan kuasa dipasang pada bahagian tapak. Komputer ini juga dihadirkan dengan empat port USB, port paparan mini, satu port kad SD,dan satu port Ethernet.

surface_studio_overview_12_contentplacementpanel_1_v1Apa yang menarik bagi produk keluaran Microsoft ini adalah ia dilengkapi dengan tombol yang dipanggil 'Surface Dial' untuk pelarasan input dari jari. Ia mempunyai haptic feedback untuk memudahkan anda menggunakannya. Tidak cukup dengan itu, anda boleh meletakkan tombol itu diatas skrin monitor untuk menggunakan fungsi kawalan yang pelbagai.

surface-dial

Ia merupakan fungsi yang bakal menarik perhatian para pembeli kerana selain Surface Studio, ia boleh digunakan pada Surface Book dan Surface Pro. Surface Dial ini bakal dijual pada lingkungan harga ~RM420.

Monitor untuk komputer meja ini boleh diubah ke pelbagai sudut. Memudahkan pengguna untuk melakukan kerja-kerja yang menggunakan Surface Pen dimana ia mampu diturunkan pada sudut 20 darjah.

surface_studio_techspecs_4_contentplacementpanel_3_v1

Microsoft menyatakan mereka telah melengkapkan model terbaru ini dengan beberapa ciri yang membantu pengguna dalam menjalankan tugas yang berkaitan dengan imej, bahan seni dan juga dokumen. Seperti contoh, jika siku anda menyentuh skrin monitor, anda masih mampu untuk melukis diatas skrin tidak seperti skrin sesentuh yang lain dimana paparan akan terganggu jika ada objek lain yang menyentuh skrin.

Anda boleh melakar apa saja diatas skrin Surface Studio, mewarna dan sebagainya. Selain itu, dengan adanya tombol Surface Dial, saiz berus dan warna lakaran boleh diubah dengan mudah dan pantas.

dial-796x485

Untuk bahagian paparan pula, Microsoft menjelaskan mereka menggunakan monitor LCD paling nipis dan dikemaskan dengan bingkai aluminium. Mempunyai paparan 28 inci dengan 13.juta pixel lebih tinggi jika dibandingkan dengan paparan 4K yang mempunyai 8.3 juta pixel. Difahamkan, untuk keluaran kali ini syarikat perisian gergasi itu lebih menumpukan pada aspek ketepatan warna.

Surface Studio sudah boleh dibeli secara pra-tempah dengan harga ~RM12,580 bagi versi 1TB/Intel i5/8GB RAM/2GB GPU dan untuk variasi 2TB/Intel i7/32GB RAM/ 4Gb GPU ia akan dipasarkan pada harga ~RM17,612.

Berkaitan