Berikutan itu, satu surat memorandum bantahan seperti yang dilihat oleh laman Malaysia Kini telah dihantar oleh 3 syarikat tersebut dan Malaysia Internet Exchange (MyIX) kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memohon beliau campur tangan berhubung keputusan itu.
Ini kerana dakwa mereka, penarikan pengecualian itu akan menyebabkan proses pembaikan kabel dasar laut yang rosak akan mengambil masa yang lebih lama sehingga boleh menjejaskan kestabilan internet di Malaysia.
Sekaligus ia akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Malaysia.
Malah mereka juga mendakwa keputusan pembatalan pengecualian kabotaj itu akan mewujudkan monopoli bagi satu syarikat perkapalan tempatan yang hanya memiliki satu sahaja kapal pemasangan kabel di Malaysia.
Pembatalan pengecualian kabotaj bermaksud kapal asing yang berhasrat untuk mengambil bahagian dalam pembaikan kabel dasar laut di Malaysia mesti sekali lagi memohon Pengecualian Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSLE).
Keputusan penarikan itu dibuat pada 15 November lalu dan sehari kemudian, Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) telah menulis surat kepada Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato Dr. Wee Kaa Siong dengan memuji keputusannya yang digambarkan oleh pengerusi MASA Abdul Hak Md Amin sebagai "patriotik" dan meletakkan "keutamaan kepada Malaysia"
Berkaitan
- Chery OMODA E5 Tiba Di Malaysia, Cas EV Ini Dari 30% Ke 80% Hanya 28 Minit
- CEO Google Beri Amaran Yang 'Sideload' Aplikasi Beri Risiko Bahaya Pada Peranti
- HONOR Malaysia Menawarkan Diskaun Sehingga 25% Sempena Jualan 8.8 Di Shopee Dan Lazada
- Infinix Malaysia Dalam 5 Teratas Jenama Telefon Pintar Terhangat Di Lazada Dan Shopee
- Anda Patut Buang Segera 2 'Extension' Ini Dari Pelayar Google Chrome
- Kontroversi Mod Incognito Pelayar Chrome, Google Setuju Bayar ~RM23 Bilion
- Lihat Perubahan Rupa Bumi Dalam Tempoh 37 Tahun Dengan Google Earth
- Asus Mengumumkan Tarikh Pelancaran ROG Phone II Di Malaysia
- Microsoft Sedang Bangunkan Aplikasi Optimasi PC Seakan 'CCleaner'
- Spesifikasi Google Pixel 3a Dan Pixel 3a XL Tertiris