Microsoft Edge Untuk Android Mencatat 1 Juta Muat Turun

Microsoft Edge nampaknya memberi petanda awal untuk bersaing bersama aplikasi pelayar internet yang lain.

Beberapa minggu yang lepas Microsoft Edge versi stabil telah ditawarkan pada platform Google PlayStore dan sejak itu, ia kian menarik perhatian ramai pengguna Android.

Menurut Google PlayStore, aplikasi pelayar internet berkenaan telah berjaya merekodkan lebih dari 1 juta muat turun.

Peningkatan angka muat turun mungkin disebabkan oleh rasa ingin tahu pengguna mengenai keupayaan aplikasi ini. Tambahan lagi, Edge versi mudah alih juga mampu disegerakan (synchronize) dengan Windows 10 pada komputer.

Walauapapun, ia hanyalah angka kepada muat turun sahaja, yang paling utama adalah berapa ramai pengguna yang akan terus kekal menggunakannya pada peranti mereka. Dilihat, aplikasi ini masih belum ditawarkan untuk pengguna Malaysia, mungkin Microsoft mengambil sedikit masa untuk menawarkannya secara menyeluruh.

Sumber: Windows Central