Microsoft Edge Kini Dengan Ciri 'Block Potentially Unwanted Apps'

Ciri yang dapat menghalang aplikasi tidak berfaedah atau diragui dari dimuat turun pengguna secara automatik.


Bermula daripada versi 80.0.338.0, aplikasi pelayar Microsoft Edge dimuatkan dengan ciri terbaru yang dapat menghalang pengguna daripada memuat turun aplikasi-aplikasi tidak berguna atau diragui secara automatik.

Aplikasi-aplikasi yang dikategorikan sebagai 'potentially unwanted applications' (PUA) adalah perisian yang dapat mengganggu kestabilan sistem operasi Windows.

"...PUA include software that creates extra advertisements, applications that mine cryptocurrency, applications that show offers for other software and applications that the AV industry considers having a poor reputation." Microsoft

Aplikasi-aplikasi itu pula kebiasaannya akan dimuat turun dan dipasang ke dalam sistem komputer tanpa pengetahuan penggunanya.



Malah dengan adanya ciri baru ini, pengguna akan lebih terlindung daripada serangan perisian hasad dan terlindung dari sumber yang tidak diketahui.

Sekaligus memberikan pengguna lebih kawalan ke atas keselamatan sistem komputer mereka.

Tetapan ciri baru ini boleh diakses menerusi Settings > Privacy and Services > Block Potentially Unwanted Apps

Ini adalah contoh paparan yang ditunjukkan apabila sesuatu aplikasi PUA disekat daripada dimuat turun.